Sunday, November 6, 2011

Percaya Atau Tidak


Aku ada sekeping hati
Yang dianugerahkan oleh Allah
Supaya dapat menerima apa sahaja yang berlaku ke atas hidup aku
Sejak lahir sehingga aku kembali kepada-Nya semula.

Percaya atau tidak
Hati aku yang kecil ini mampu menyayangi dan mencintai ramai orang yang berada di sekeliling aku
Dan aku akan mengingati mereka sampai bila-bila.


Percaya atau tidak
Melalui hati yang tersimpan di dalam jasad 
Sentiasa meletakkan Allah, keluarga, kawan-kawan dan kekasih
Tanpa ada ber-belah bahagi sehingga tak mahu berpisah selamanya


Percaya atau tidak
Hati aku sudah banyak kali dipatahkan, dihancurkan dan diremukkan
Sehingga aku pernah terfikir untuk tidak mahu hidup di dunia ni
Sebab aku anggap dunia ini kejam

Percaya atau tidak
Dengan saiz hati yang kecil ini
Tersimpan beribu cerita 
Dari terciptanya kegembiraan dan tangisan yang tak pernah jauh dari jasadnya.

Percaya atau tidak
Di dalam hati yang ada cerita duka 
Yang tak mahu kita simpan lagi
Telah pun diberi penawar dari Allah Yang Maha Kuasa
Supaya hilang kesedihan dan datanglah sebuah kegembiraan yang tidak ternilai

Percaya atau tidak
Melalui hati ini jugalah yang dapat berbicara dengan Yang Maha Mendengar
Dan Dia-lah yang akan menenangkan 
Tatkala hati ingin kan sebuah jalan yang lurus dan benar.

Aku berharap hati ini mampu menggalas dan menempuh semua dugaan yang diberikan.
Aku tahu Dia tidak akan menguji hamba-Nya jika hamba-Nya tidak mampu menghadapinya. 



                                                                                                                                         By, Zaza ^,^

No comments: