Tuesday, November 1, 2011

Oouh.. Inilah Sifat Anak-Anak Saya

Assalammualaikum readers. Yeaahh.. Kite bertemu lagi di entry yang baru nih. Semoga anda semua sehat-sehat dan katakan "TIDAK PADA ROKOK" | saje masukkan kan slot kempen anti-rokok dan nak ucapkan tahniah kepada kawan saya yang perokok tegar sudah berjaya menahan hawa nafsu yang rakus untuk tidak menghisap rokok lebih daripada seminggu ! Syabas Adib ! Syabas bete !  ( weh, weh nanti ade yang samuk.) ^,^V

Anak-anak! Ouh, aku tak bicarakan tentang anak-anak aku, tapi aku nak rujuk kan ayat-ayat tu kepada insan yang bergelar ibu bapa. Maaf. Entry ini tidak melibatkan si ibu bapa yang tidak mendidik anak dengan baik atau tidak. Ini nak menceritekan tentang perangai-perangai dan sifat-sifat yang ada pada seseorang yang bergelar, Along, Angah, Alang, Uda dan Asu. Cukupla 5. Tak reti nak bercerite lebih-lebih. =="



Anak Sulung / Along

Mereka diumpakan sebuah rahmat dan rezeki yang sangat-sangat bernilai bagi sepasang suami isteri yang baru sahaja nak menimang cahaya mata. Anak pertama yang keluar dari rahim Ibunya dan experience pertama bagi seorang suami untuk menggalas tanggungjawab as Ayah ! 

Anak sulung ni mempunyai perangai yang ;

  1. Berdikari
  2. Bertanggungjawab tapi kadang-kadang beraksi ditaktor jugak.
  3. Mendengar kata ( mak pot pet pot pet pon terime jelaa dengan redha. )
  4. Kalau dah manja mengalahkan anak bongsu ( Mintak je gerenti dapat punya lah ! ce try ! Huhuhu )
  5. Penyayang
  6. Cerewet sikit
  7. Baran tu ade tetapi mengikut tahap baran tersendiri dan garang.
  8. Tegas dan berpendirian
  9. Suka mengalah walaupun terpaksa
  10. Bekerja keras
Dan sebagainye.. tengok jelaa sikap kakak/abang korang yang sulung sendiri ea.. ^,~V


Anak Kedua / Angah

Anak kedua yang menjadi lagi pelengkap kepada sebuah keluarga dan menjadi teman sepermainan dengan anak sulung. Si ibu dan ayah akan merasa senang tidak perlu khuatirkan tentang perkembangan otak anak-anak mereka sebab mereka mempunyai inisiatif tersendiri untuk berkomunikasi ! Ehem.. bagi dorang minum Enfagrow banyak-banyak ea.. ! 

Perangai-perangai anak kedua ni adalah ; 

  1. Cerewet 
  2. Penyabar tapi tak berapa nak sabar
  3. Kepala batu / besar semuanya die 
  4. Penggeli ( oi oi.. buang taik kucing tu woi ! berani ke tak, nak hadap ! Hahahahaha )
  5. Mementingkan kecantikan/ kehenseman / peribadi
  6. Berdikari ( average )
  7. Tidak terlalu manja tapi sekali-sekala nampak over jugak. Hihihihi
  8. Menggelabah
  9. Suka orang ikut cakap die je
  10. Rajin tu tak ade laa sangat tapi still boleh harap. =)
Ni pon korang boleh nilai and tengok sejauh mana kebenarannye.. =X


Anak ketiga / Alang

Waaaa.. sudah berkembang dan maju sebuah keluarga ni kan? Bagus-bagus ! Ini lah dinamakan rezeki.. Jangan ditolak wahai ibu-ibu dan ayah-ayah. =)

Perangai anak yang ketiga ni boleh tahan la jugak sebab ; 

  1. Kepala Batu /  Besar dan hanya dengar cakap mak/ayah seorang je.
  2. Kuat merajok tapi mudah dipujuk.
  3. Tak suka disuruh. Biar die buat sendiri dengan rela hati. Nanti nampk macam ringan tulang.
  4. Tak suka meminta.
  5. Suka memendam dan penyabar orangnye. 
  6. Suka buat hal sendiri dan tak terlalu banyak bercakap kosong
  7. Tak cerewet sangat
  8. Suka mengusik adik-beradik
  9. Perangai die adelah bajet-bajet cool sikit.. Hihihihi
  10. Berpendirian dan berdikari
Boleh perhatikan baik-baik ape yang dorang suke buat. Tukar baju jadi spy-lah cenggitu ! >_<


Anak Keempat / Uda

Rezeki keluarga ini sangat melimpah-limpah. Bayangkan betapa payahnya si Ibu hendak melahirkan anak-anak-nya dan pengorbanan si Ayah yang bertungkus-lumus dan bekerja keras hendak menanggung dan menyara kehidupan anak-anaknya. Fuhh.. sungguh terharu dan besar pengorbananmu Ibu dan Ayah. 

Jom pakat ramai-ramai kenal perangai si Adik Uda ni. Feewwiitt ! 

  1. Mempunyai hati yang lembut dan mudah terasa/tersinggung
  2. Suka bertolak ansur dan mengalah
  3. Pemalu tapi peramah
  4. Manja dan penyayang
  5. Mendengar kata
  6. Rajin dan ringan tulang
  7. Suka nampak kemas, hensem/cantik
  8. Suka bertanya dan sifat ingin tahu yang tinggi 
  9. Gopoh sedikit dalam membuat kerja
  10. Sangat menghormati orang yang lebih tua
Alahai.. sejuk hati mak ayah dengan sikapmu yang begini nak. Teruskan. Keep it up yo ! | hati ni macam disimbah air sejuk =D |


Anak Bongsu / Asu

Anak yang terus menerus menjadi pelengkap kepada sebuah keluarga dari tidak punya apa kepada rezeki yang tidak putus-putus dari Allah. Allah itu Maha Adil bukan? =)

Anak bongsu ni mempunyai watak yang menarik sebab die akan punya semua kriteria yang ada pada anak sulung hinggalah abang/kakak yang terakhir. Nak tahu perangai nye macam mane?

  1. Manja tapi tak leyh kalah ngan anak yang sulung sebenarnya
  2. Bertanggungjawab
  3. Peramah sampai becok-nye non-stop =="
  4. Tak cerewet sangat 
  5. Mempunyai hati yang lembut
  6. Kepala batu / keras
  7. Kuat merajok tapi senang je nak pujuk. Tang ni aku suke ! Hahahaha
  8. Penggeli.
  9. Mementingkan kecantikan / kehenseman / peribadi. 
  10. Tak suka disuruh. Nak buat baru die buat ! 
Haaaa..Dah boleh gabong laa semua perangai dari anak first sampai yang second last. Nanti dapat laa semua sifat-sifat anak bongsu nih oke ! Senyum-senyum simpul sikit si anak bongsu. Kan kan kan?



So, itu lah sifat-sifat dan sikap-sikap anak-anak awak ye Jah.. Tak sangke kan? Hahahahaha.. Good.. good ! Tapi ape-ape pon, ibu bapa lah yang akan mencorakkan kain putih anak-anak nya. Kalau cantik coraknye, cantiklah hasil budi pekertinye. Kalau comot coraknya, comotlah jugak hasil budi pekertinye. Kita tak boleh cakap jahat sebab yang lagi jahat itu SYAITAN. ^,^V


K la.. Sampai sini je untuk entry kali ni.. Kalau ade nak tambah boleh la komen ye. Papai dan Adios Amigos yo ! 

No comments: