Saturday, November 5, 2011

E.G.O

Ego aku, ego engkau.
Mungkin tak pernah sama caranya.

Kau pentingkan masa yang berkepok menjadi sandaran.
Aku pentingkan cara yang harus menjadi kesempurnaan.

Ego ini keras.
Ego ini kuat.
Ego ini kental.
Ego ini mental yang gila.

Aku pernah cuba patah-patahkan ego yang memahat hati dengan cara yang kejam.
Tapi aku cuma mampu bertahan dengan masa yang sederhana.
Tidak terlalu ranum dan tidak terlalu mentah.
Kadang itu membuat aku gagal.

Adakah engkau pernah cuba mematahkannya?
Ah, mungkin kau dapat rasa kepayahan untuk meleburkan rasa yang pernah bersarang itu bukan?

Ego yang tinggi.
Selalunya memakan diri.
Perlukan waktu yang lama untuk persiapkan diri.
Oh, itu pedih wahai khalifah.

Aku masih kaku di bawah ego sendiri.
Aku masih membuntuti ego engkau sehingga kini.

Tak perlu ucap panjang untuk katakan ego engkau sekuat batu konkrit.
Aku juga tak perlu omong angin tunjukkan ego aku setinggi gunung.
Kita hanya mengada menunjuk rasa.
Padahal hati menolak binasa.

Kita masih asal dari ciptaan yang sama.
Mungkin sengaja mencari perhatian yang akhirnya memusnahkan kata.

Janji demi janji terlerai dari akarnya.
Mengharapkan ia bercantum semula.
Membina akar yang sama benihnya.
Dan keluarkan ego yang membenak di dada.

Aku sedar diri selepas ego membunuh jiwa.
Engkau menyerah diri selepas ego menyentap raga.
Ya, aku mula mengerti rasanya.
Ya, engkau juga berlembut kata akhirnya.

Ego aku tidak pernah penting.
Ego engkau juga tidak pernah lahir.
Hanya tempatkan diri di antara kita.
Pasti harapan dapat bermula dari garisan yang sama. 



by ; ZaZa

No comments: