Saturday, December 24, 2011

Kenapa Kena Pergi Asrama?

Assalammualaikum dan selamat bercuti panjang sehingga hari Isnin readers. Tapi kepada yang kene kerja gak tu.. Meh aku gelak sikit ... HAHAHAHAHAHAHA ! Ops. Sudah ! Nanti ade yang kena "LUDAH" . Teeett ! =P

Aku nak membuka topik yang not so hot and not so cold. Suei-suei kukuh je ni.

Hey hey PMR candidates ! Congrates sebab dapat gred yang bagus dan cemerlang ! Kepada yang kurang success....... Pak cik! Mak cik ! Pukul ponggong dorang ! Dorang banyak main !

Ngeeeee..  Jangan laa macam tu pakcik dan makcik.. tak po.. hok SPM ado lagi.. Buek yang terbaik yoo..... ---> Loghat yang gagal. Maafkan saya yang jahil niih. Y,Y

So, disebab kan ada keputusan yang bagus dan tidak bagus ini membuatkan ada ibu bapa yang akan berfikir berulang kali dan ade yang terus je tak payah bincang-bincang lagi dah (" Aku dah penat ! ") untuk menghantar anak-anak ...(eh.. korang pangkat adik aku okey..) ke sekolah berasrama penuh.

For those who get many A's for sure they done it for your sake. "Yeah.. Bravo anakku.. Kau telah men-cerahkan hidup kau. Mari papa dan mama cerah-cerahkan lagi masa hadapan kamu. Ayuh ke ASRAMA! "

But.... for those who get tooooooooooooooooo many "A's" also will be sent to the "full hostel" (macam citer seram.. "GHOST HOSTEL".....erk... ade ea????)

"Kau dah la banyak main ! Aku suruh kau belaja.. Kau sebok nak melepak ! Meh aku masukkan kau ke asrama ! Biar kau belajar kat sane ! Dah bagi bebas melebih-lebih plak kau ! " <----- Ni jenis mak pak yang dah puas nasihatkan anak die. Kesian kat mak ayah bertungkus-lumus perah keringat nak tengok kita berjaya. Tapi..... Hurm....






Hey adik-adik ! Mungkin korang menganggap yang asrama tu macam "PENJARA" macam kat Penjara Pudu sebelum kena roboh kan? Dan ade yang orang panggil kasar macam "HELL".



ABSOLUTELY YES ! Eh.. NO ! Mane ade macam penjara and there's no such like a HELL man.. !


Beza nya rumah korang akan berkongsi dengan beberapa orang,katil, meja belaja, dan buku2 juga akan 24hours melekat ngan korang. Diibaratkan seperti aur dengan tebing.. Macam isi dengan kuku gak..


Korang akan dilatih supaya lebih berdisiplin dan lebih menghargai masa. Ya ! MASA dan BUKU ! Ilmu itu tidak pernah sedikit ya adik-adik.. Jangan buang masa dengan melepak.. Tak bagus okeyh ! (Sambil usap2 rambut korang dengan naluri prihatin. )




Berbeza gak sebab hari-hari korang dapat makan masakan mak.. Sekarang................hamik kau ! Ade la tu yang nak complain.. ni tak sedap. tu tak sedap.. Ouchh.. diri sendiri terasa laaa...Sediakan maggie banyak-banyak.. Teeeheeeee =3


Saje je tunjuk menu sedap.....~~~~



Selain daripada tu.. Korang akan lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada mak ayah untuk buat semua perkara. Babe.. setakat baju sehelai dua dengan spender korang tak seberapa tu.. korang dah boleh belaja membasuh kan? Mase ni laa tunjuk hebat ngan kawan-kawan.. Aku basuh baju ngan spender lagi bersih dari kau. Wangi lagi tauuuu.. Nahhh cium ! p/s : Bagi baju jelaaaaa.. >_>

Haaa... sental lagi baju tu dek oiii.. !!! =P








I think thats all about "FULL HOSTEL" ala-ala Full House ni.. Adik-adik ayuh ke asrama penuh ! Jangan marahkan mak ayah kalau mereka hantar kita ke sana. Mereka bukan tak sayang kita. Sayang sangat. Itulah pengorbanan mereka sebab terpaksa berpisah sementara dengan korang sebab nak tengok korang berjaya ! =)




p/s : Aku blur bila nak translate ASRAMA PENUH ni.. SEDEY ! Malas nak GOOGLE ! =/

No comments: