Dan aku dapat melihat kepulan asap yang keluar dari rongga itu. Hurm.. Aku membayangkan seperti ada seekor NAGA yang baru sahaja selesai mengeluarkan api bahang dari mulut nya. Aku intai.. dan aku pon teruskan mengintai. Boleh laa report askar, polis, bomba dan doktor nak tangkap Naga tu takut membahayakan penduduk dan rakyat jelata pulak kan......
Gagahkan Naga ni? (^,^) |
Intai... dan intai......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Laaaaaa....... Engkau manusia rupanya !!!!
Aku melihat benda yang dipegang diantara jari telunjuk dan jari hantunya. Bahagian bawahnya Coklat dan ada yang Putih. Dihujung benda itu terdapat sedikit bara api yang tak marak menyala.
Aku hilang rasa pertimbangan. Aku fikir kan haiwan yang merbahaya.. rupanya kau lagi merbahaya. Dasyat !
Apa yang kau banggakan bila ada asap keluar dari hidung kau yang tak berapa nak mancung dan yang tak seberapa besar tu?
Yang keluar asap ikut mulut kau tu cuma asap....? Hurm.... mungkin macam Naga semput aku tengok ! Kesian.. =="
Ntah apa yang kau bangga bila menjdi manusia keluar asap yang korang sendiri tak pasti dalam asap tu ada apa..
Mungkin aku kejam .. Tapi aku memang sengaja nak menulis. Sedih ! Aku sedih ! Kecamlah aku .. Aku tak peduli !
Kau mungkin tinggi ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.. Tapi apa gunanya kalau yang meniti kat mulut dan anggota badan kau adalah bahan-bahan dan barang-barang yang dicipta dari Yahudi?
Yang keluar mengalir dalam darah dan diri kau tu daripada kaum-kaum Laknat?
Kaum itu sendiri tidak memakan hasil yang dia sendiri tahu akan akibatnya. Aku tahu kau sedar akan hal ini.
Kau berikan beribu-ribu kata nasihat tapi sendiri tidak menyempurnakan dengan sempurna. Manusia memang sering melakukan kesalahan dan bila sudah tersedar pasti tidak akan mengulang lagi bukan?
Yang aku pelik.. ada segelintir kau dah tahu akan perkara tu dan kau sendiri tahu akan hukumnya. Kau merosakkan badan kau. Dan kalau kau baca tafsir Al-Quran pasti kau akan terjumpa dengan perkara ini bukan?
Kenapa kau tak nak sedar?
Eh.. bukan ! Kau sedar .. tapi buat-buat bodoh .. (Maaf laa.. Aku kasar)
Kau kata kau tension.. Kau stress dengan apa yan kau lalui.. Tapi adakah dengan membeli sekotak dan menghabiskannya dalam sekelip mata? Kau lega.. tapi jasad kau tak lega. Orang-orang yang kau sayang pon tak pernah lega.
Bukankah cara yang paling terbaik untuk melepaskan tension adalah dengan mengambil Wudhu' dan solat kepada-Nya?
Dugaan yang kita lalui selama ini pon atas kehendak-Nya bukan?
Ya, aku tahu.. Manusia memang tidak pernah sempurna. Maaf... Aku bukan pendakwah dan aku tahu aku tidak sempurna akan ilmu fardhu ain dan ilu fardhu kifayah. Aku masih berusaha mendalami ilmu-ilmu itu. Ilmu itu tidak pernah kurang.
Aku tak adalah benci sangat dengan perokok ni... Tapi aku cuma nak korang fikir... Orang marah dan halang sebab kami sayangkan korang.
Kata nak jadi orang berguna tapi kalau hidup kau tak sampai umur 40 tahun.. Cukupkah kau nak jadi yang berguna? Paru-paru kau... Otak kau.. Jantung kau.. Organ-organ kau.. Rosak ! Itu langsung tidak berguna tetapi menyusahkan.. Kau sakit orang lain yang kena bersusah payah membelikan ubat-ubatan untuk kau. Menjaga kau bila kau terlantar nanti.
(<_<)
Kata tak nak menyusahkan.. tetapi kau sering menjadi kebimbangan orang yang kau rapat. Sedih dan bimbang bila kau batuk tidak berhenti di waktu malam, sesak nafas seperti separuh nyawa, diserang sakit jantung dengan tiba-tiba, muntah-muntah hijau kerana jasad tidak mampu menahan sakit di dalam. Mana belas kasihan kau? Orang lain yang terpkasa merasa kasihan pada kau. Y,Y
Rokok yang kau hisap itu adalah nafsu kau. Bukan keperluan kau. Berusaha mendapatkan kesihatan dan kehidupan yang lebih baik. Fikir akan orang disekeliling. Jangan laa pentingkan diri.
Peringatan khas dari Zaza =)
p/s : Saya hormat dan bangga dengan orang yang dapat berhenti menghisap rokok dengan jayanya. Mudah-mudahan diberikan kesihatan dan umur yang panjang.. Lots of Love =)
No comments:
Post a Comment