Sunday, October 23, 2011

Tips Elak Kena Panah Petir

Assalammualaikum readers =) 

Senyum sokmo dapat tido nyenyak dengan cuaca sejuk hampir seminggu ni kan ? Yeeaa.. aku pon memang merasa nikmat tido tu dengan rase lena + tarik selimut tebal yang tak berapa nak tebal tuh sambil menggerekot sebut "gegegegegegegegegegeegeegegegege" | sejuk macam dekat kutub utare plak aku nih ! HAHAHAHAHAHAHAHA |

Mammmmmaaaaa.. nak peluk. Ite tejuuuuk ! Gegegegegeegegegege


Tapi dalam keasyikkan dan ke-lenaan kita tengah tidur tu, ade jugak yang  berada dalam keadaan sebak dan sedih sebab ade je yang menjadi mangsa panah petir atau boleh kite fameskan sebagai CAS MAUT !

Maut boleh DICAS??
 | Tolonglah jangan tanya soalan macam tu kalau korang ni bijak pandai.. ==" |

Untuk makluman korang, tak semua mangsa akan selamat bile dah kena CAS MAUT ni. Dah kate BAHAYA, kalau terselamat pon itu semua Kuasa Allah. 

Mencegah lebih baik daripada merawat. So, kat sini aku nak bagitau sikit tips untuk ELAK JADI MANGSA PANAHAN PETIR.




  1. Layari www.civildefence.gov.my untuk memahami fenomena semula jadi. Kat sini korang akan didedahkan macam mane korang nak selamatkan diri korang daripada fenomena alam termasuklah fenomena petir ni.
  2. Pastikan korang berada kat dalam rumah bila dah dengar guruh sebab korang dah diklasifikasikan didalam kawasan panahan petir. Yang dok main bola sepak kat padang atau berada kat kawasan yang lapang, please cari tempat yang berteduh dan berlindung !
  3. Petir ni boleh bergerak dengan kelajuan 10 hingga 12 batu sebelum ribut sampai walaupun langit masih cerah. Haih. Laju kan? Y,Y
  4. Elak pegang benda-benda besi, payung, kayu golf, peralatan memancing ikan, basikal atau benda-benda yang memang membolehkan korang disambar ! Kang kena sambar sia-sia je nanti. =(
  5. Kepada korang yang suka maiin bola lisut atau ade topi keledar besi, tolong hindarkan bila korang dah nampak petanda nak hujan kilat. Malang tak berbau. Kalau ade game, aku rase korang boleh mintak time sekejap ok. 
  6. Duduk mencangkung dan tutup telinga dengan tangan kalau korang tak ade tempat nak berlindung. | Jangan tanya aku sebab apa 
  7. Kalau korang berkumpulan, jarakkan diri masing2 antara 15 kaki dalam keadaan duduk mencangkung. Ni mungkin sebab nak elakkan korang turut tersambar kalau salah seorang disambar petir. Tapi seboleh-bolehnya mintak dijauhkan. 
  8. Berlindung di dalam kenderaan dan elak memegang besi. 
  9. Tutup dan jauhkan diri korang daripada tingkap  kalau korang kat dalam rumah atau bangunan. Takut-takut petir sambar ikut tingkap. 
  10. Elak menggunakan telefon talian tetap atau alat elektrik. Eg, Komputer
  11. Elak menggunakan paip air sebab arus petir boleh mengalir melalui paip dan wayar dari luar ke dalam bangunan even petir kene bahagian luar bangunan. Air kan penebat. Bahaya tau. =="
  12. Tunggu 30minit selepas petir yang terakhir. Nak pastikan korang betul2 dalam keadaan yang selamat. 
  13. Untuk info korang sendiri, petir akan memanah ditempat yang sama sebanyak dua kali. 

Terime kasih banyak-banyak kepada BERITA HARIAN sebab bagi info berguna sempena hari-hari hujan kilat panah petir nih. 

Boleh bukak page 12 dalam halaman SIHAT DAN SELAMAT bertarikh 22 Oktober 2011.  Korang boleh kerat keratan tu dan tampal kat depan pintu rumah ke, dalam kereta ke dan kemana-mana laaa korang suke nak bawak. Ringan je bukan berat sangat pon. =)

Aku harap sedikit sebanyak tips-tips boleh menambahkan sedikit ilmu pengetahuan dan sebagai satu info bila korang berhadapan dengan fenomena kilat ni.

K. Bye. =)

No comments: