Mungkin selepas buat link dan renovate sikit blog nih aku tak berapa nak meng-update blog ni. Yeaaa.. aku ber-malas-malasan sambil mengunyah jajan-jajan yang ade kat kedai abah aku sampai aku tak sedar aku nih punya market nak jadi bini orang.| angan-angan kawen tak sudah-sudah! | Badan pon agak-agak nak meng-gempal sikit-sikit. Ambil rupa belah-belah sepupu yang punya badan comel.
Hok molek kawe cenggini dok? Hihihihi
Sorry laa.. Dah agak lame nak update post ni tapi jemari ketot ni memang malas nak menaip. Puas aku bukak tempurung kepale nak kasi perah kepale otak tapi memang tak dapat. Kasihan kan? ==" | ini memang cerite palsu. DON'T TRY THIS IN FRONT OF YOUR LAPPY |
Ape yang korang idam gila babeng bile korang dah ade duit?
Yeaaa .. aku dengar perkataan "NAK KAWEN!!" HAHAHAHAAHA . Cukup ! Enough Zaza ! Mama mungkin sedang membaca secara live sebentar lagi . | Jeling sikit >_> Ok tak de. |
Bagi aku, aku nak beli gadget ! Ahh. Aku tau mungkin aku ni agak macam nak ketinggalan zaman. Tapi who's care? No money No talk. Have money? You can buy anything except PRIDE ! | Yang dah siap sedia kaya pon kadang-kadang tak mampu beli. Hikhik |
Yeaaa.. aku tak mampu beli tapi aku mampu miliki. Cukup aku keje 2-3 bulan dah mampu punya ini BB 3 tak pon BB Torch laa.. RM900 ++ | Bawak bekal pergi keje laa macam ni.. ==" |
Aku pernah punya tapi aku rasa nak beli lagi. Nak balas dendam sebab tak dapat pakai 24 jam sehari. Pastu dah rosak. RM60 ++ Boleh beli pas dapat BB ! ^,^V | Sape guna kasi rosak hah? |
Jangan salahkan impian aku kalau aku pernah bercita-cita nak bukak kedai gambar sebab nak sambung cita-cita abah dulu. Mase kecik2 selalu main kamera canon filem lame abah. Tapi entah kenapa aku tak dapat nak tengok hasil kerja aku lepas tu. Y,Y RM1,599 ++ Ni agak2 gaji aku ke-9@10 da boleh grab da nih ! | Akan ku renang lautan yang berapi ~~ Sila lah sambung kalau tau.. |
Tak cukup satu handphone, aku nak jadi wanita tamak sementara aku hidup membujang. Untunglah en.Azraf sebab aku takkan mintak kalau dah beli dulu. RM1000 ++ Gaji yang ke setahun setengah ! LOL ! | Tapi rase macam nak tunggu die je belikan buat hantaran UTAME ! HAHAHAHA |
Dah puas ! Dah seronok aku pakai iPhone, JOm kite relaks dengan MacBook Apple ni.. Yaaww.. Hijau ini warna faveret aku. CANTIK dan tepat ikut TASTE aku! Mari kumpul duit RM3,000++ untuk ini. =)
Cukuplah sekadar mampu sebab aku dah perabes duit beli gadget2 kecik tu. Bile dapat beli barang besar, ber-syukur la dapat MYVI tak pon kereta kat bawah ni.......
Agak2 aku macam anak derhake tak bawak kereta cek mek molek ni? Hahaha.. Ok lah dalam kes ni aku tamak. Aku beli kereta ni jugak !Bawak mama abah pakai MYVI .. nak pergi dating pakai kereta LEKIR ni. OK? Bereh? ^,^V | Saya bangga jadi anak Malaysia.. |
Kalau kita mampu, kita belilah ikut kemampuan. Tapi kalau tak mampu, tak nak payah nak jadi pencuri sebab nak penuhi ape yang kite nak. Tak semua yang kite idam akan jadi milik kita. Macam aku nak kat Putera Williams. Sedeyh je da kawen dulu. Y,Y
p/s : kalau ade sesiapa yang murah rezeki nak bagi salah satu gadget sebagai hadiah pon boleh je. Kecik tapak tangan eden, nyiru eden tadahkan. Hikhikhik.
No comments:
Post a Comment