Monday, November 21, 2011

So Boring

Assalammualaikum readers.

Hump.. No sentences that I could write today. But I feel so fucking bored.

I might be fat women coz I almost wasting my time by internet, Facebooking, Games, Blog and Youtube for 24 hours.

I'm not a researcher person. Yeah.. I admit that I'm lack of little info about the current issues.

I'm just searching for the things that I'm interested and no politics issue on my mind. It serious double fucking bored. =="

For me, I'm wasting my time seeing a peoples who are argue for the something not important. Yeah. It's annoying man. Sometimes its look funny ! >_>

Now, I'm just a little girl who are stay at home, cooking and cleaning.. Helping my parents and babbling to my siblings.

No jobs and no income. Sigh ~~~

Wanna hangout ? "Mama.. give me RM10 please." <------ actually its not enough. Yaa.. I know ! I'm just survive for it and ask another RM10 to my Abah. (~.^)

Sunday, November 20, 2011

E.V.O.L


LOVE not to be HURT.
LOVE need a PATIENT.
You can CRY for LOVE.
BUT you can't RUN from LOVE.
APPRECIATE your LOVE.
Before no LOVE comes to YOU.


Sunday, November 6, 2011

Percaya Atau Tidak


Aku ada sekeping hati
Yang dianugerahkan oleh Allah
Supaya dapat menerima apa sahaja yang berlaku ke atas hidup aku
Sejak lahir sehingga aku kembali kepada-Nya semula.

Percaya atau tidak
Hati aku yang kecil ini mampu menyayangi dan mencintai ramai orang yang berada di sekeliling aku
Dan aku akan mengingati mereka sampai bila-bila.


Percaya atau tidak
Melalui hati yang tersimpan di dalam jasad 
Sentiasa meletakkan Allah, keluarga, kawan-kawan dan kekasih
Tanpa ada ber-belah bahagi sehingga tak mahu berpisah selamanya


Percaya atau tidak
Hati aku sudah banyak kali dipatahkan, dihancurkan dan diremukkan
Sehingga aku pernah terfikir untuk tidak mahu hidup di dunia ni
Sebab aku anggap dunia ini kejam

Percaya atau tidak
Dengan saiz hati yang kecil ini
Tersimpan beribu cerita 
Dari terciptanya kegembiraan dan tangisan yang tak pernah jauh dari jasadnya.

Percaya atau tidak
Di dalam hati yang ada cerita duka 
Yang tak mahu kita simpan lagi
Telah pun diberi penawar dari Allah Yang Maha Kuasa
Supaya hilang kesedihan dan datanglah sebuah kegembiraan yang tidak ternilai

Percaya atau tidak
Melalui hati ini jugalah yang dapat berbicara dengan Yang Maha Mendengar
Dan Dia-lah yang akan menenangkan 
Tatkala hati ingin kan sebuah jalan yang lurus dan benar.

Aku berharap hati ini mampu menggalas dan menempuh semua dugaan yang diberikan.
Aku tahu Dia tidak akan menguji hamba-Nya jika hamba-Nya tidak mampu menghadapinya. 



                                                                                                                                         By, Zaza ^,^

Saturday, November 5, 2011

E.G.O

Ego aku, ego engkau.
Mungkin tak pernah sama caranya.

Kau pentingkan masa yang berkepok menjadi sandaran.
Aku pentingkan cara yang harus menjadi kesempurnaan.

Ego ini keras.
Ego ini kuat.
Ego ini kental.
Ego ini mental yang gila.

Aku pernah cuba patah-patahkan ego yang memahat hati dengan cara yang kejam.
Tapi aku cuma mampu bertahan dengan masa yang sederhana.
Tidak terlalu ranum dan tidak terlalu mentah.
Kadang itu membuat aku gagal.

Adakah engkau pernah cuba mematahkannya?
Ah, mungkin kau dapat rasa kepayahan untuk meleburkan rasa yang pernah bersarang itu bukan?

Ego yang tinggi.
Selalunya memakan diri.
Perlukan waktu yang lama untuk persiapkan diri.
Oh, itu pedih wahai khalifah.

Aku masih kaku di bawah ego sendiri.
Aku masih membuntuti ego engkau sehingga kini.

Tak perlu ucap panjang untuk katakan ego engkau sekuat batu konkrit.
Aku juga tak perlu omong angin tunjukkan ego aku setinggi gunung.
Kita hanya mengada menunjuk rasa.
Padahal hati menolak binasa.

Kita masih asal dari ciptaan yang sama.
Mungkin sengaja mencari perhatian yang akhirnya memusnahkan kata.

Janji demi janji terlerai dari akarnya.
Mengharapkan ia bercantum semula.
Membina akar yang sama benihnya.
Dan keluarkan ego yang membenak di dada.

Aku sedar diri selepas ego membunuh jiwa.
Engkau menyerah diri selepas ego menyentap raga.
Ya, aku mula mengerti rasanya.
Ya, engkau juga berlembut kata akhirnya.

Ego aku tidak pernah penting.
Ego engkau juga tidak pernah lahir.
Hanya tempatkan diri di antara kita.
Pasti harapan dapat bermula dari garisan yang sama. 



by ; ZaZa

Wednesday, November 2, 2011

Ni Lah Hobi Dia

Hari-hari saya geram dengan awak.
Kadang-kadang saya marah jugak dengan awak tapi tak pernah lama.
Kejap je. 
^,~V

Bila saya geram.. 
Awak lagi suka mengusik saya.
Awak gelak-gelakkan saya.
Bagi awak itu lawak.
Tapi tidak bagi saya.
Hati saya cepat sangat menyentap.
=="

Awak akan tambah geram saya.
Ah, tak cukup dengan itu.
Kadang-kadang awak saje masukkan unsur sakit hati untuk saya.
Hish, saya pikir banyak kali nak mengamuk terus atau tak.

Awak gelakkan saya lagi. 
Bagi awak saya sangat comel buat aksi geram.
Haih, saya terus rasa nak merajuk. 
Tapi awak tak terus pujuk.
Awak gelak dekah dekah dekah dekah sampai saya terus letak telefon. 

Awak hantar terus mesej kat nombor saya.
"Emo queen"
Eeee.. geram nya saya kat awak ni.
"Tak emo lah. Sakit hati je."
Awak terus-terusan cakap comel, gelak gelak dan teruskan gelak.
Saya pikir awak gila sebab tak reti nak beza saya tengah melawak atau merajuk. 
>_>

Tapi bila awak dah start hantar mesej macam nak marah-marah dengan bengang-bengang,
Saya tak tahu saya terus rasa menggeletar. 
Ish, awak ni.. nak gurau manja-manja pon tak boleh. 
Dah saya susah hati sebab takut nanti hal kecik jadi parah.
Alaaaa.. salah saya laa ni.
Y,Y

Aksi memujuk akan mula ditaip dan hantar terus kat nombor awak.
Mengharap dari minit ke minit supaya awak reply.
Fine laa.
Awak tak nak balas.
Saya terus buat panggilan
Berdebar betul la. 
Dug dab dug dab dug dab !

Ehem,ehem ehem.
Sesi mengayat awak bermula dari sekarang.
.............................
"HAHAHAHAAHAHHAHAAHHAAHAHAHAHAHA"
Pergh ! Awak gelakkan saya !
Benci ! Huh !

"Haa.. tahu takut"
"Haa.. tahu takut" 
Wah wah suka betul hati awak kenekan saya tau. 
Hish, ni yang nak merajuk balik ni.
Tapi saya tahu nanti awak tak nak pujuk.
>_>


Tak pe laa.. saya tak jadi merajuk betul-betul
Saya nak merajuk main-main dengan awak.
Boleh ke tak awak buat saya gelak gelak dan gelak macam awak gelakkan saya awal-awal tadi.

Heh, 
Kenapa lah cepat sangat awak buat saya gelak macam awak hah?
Awak pakai jampi-jampi ye kat saya.
Unbelievable.
Yeah, tepuk tangan untuk awak macam awak menang Anugerah Skrin 2011.
=)

Dan macam tu lah seterusnya dan seterusnya selama saya bersama dengan awak.
sayaSAYANGawak
Terima Kasih sebab temankan hati saya. 
^,^V


Sincerely ; Your Love Zaza (^,~)

Tuesday, November 1, 2011

Oouh.. Inilah Sifat Anak-Anak Saya

Assalammualaikum readers. Yeaahh.. Kite bertemu lagi di entry yang baru nih. Semoga anda semua sehat-sehat dan katakan "TIDAK PADA ROKOK" | saje masukkan kan slot kempen anti-rokok dan nak ucapkan tahniah kepada kawan saya yang perokok tegar sudah berjaya menahan hawa nafsu yang rakus untuk tidak menghisap rokok lebih daripada seminggu ! Syabas Adib ! Syabas bete !  ( weh, weh nanti ade yang samuk.) ^,^V

Anak-anak! Ouh, aku tak bicarakan tentang anak-anak aku, tapi aku nak rujuk kan ayat-ayat tu kepada insan yang bergelar ibu bapa. Maaf. Entry ini tidak melibatkan si ibu bapa yang tidak mendidik anak dengan baik atau tidak. Ini nak menceritekan tentang perangai-perangai dan sifat-sifat yang ada pada seseorang yang bergelar, Along, Angah, Alang, Uda dan Asu. Cukupla 5. Tak reti nak bercerite lebih-lebih. =="



Anak Sulung / Along

Mereka diumpakan sebuah rahmat dan rezeki yang sangat-sangat bernilai bagi sepasang suami isteri yang baru sahaja nak menimang cahaya mata. Anak pertama yang keluar dari rahim Ibunya dan experience pertama bagi seorang suami untuk menggalas tanggungjawab as Ayah ! 

Anak sulung ni mempunyai perangai yang ;

  1. Berdikari
  2. Bertanggungjawab tapi kadang-kadang beraksi ditaktor jugak.
  3. Mendengar kata ( mak pot pet pot pet pon terime jelaa dengan redha. )
  4. Kalau dah manja mengalahkan anak bongsu ( Mintak je gerenti dapat punya lah ! ce try ! Huhuhu )
  5. Penyayang
  6. Cerewet sikit
  7. Baran tu ade tetapi mengikut tahap baran tersendiri dan garang.
  8. Tegas dan berpendirian
  9. Suka mengalah walaupun terpaksa
  10. Bekerja keras
Dan sebagainye.. tengok jelaa sikap kakak/abang korang yang sulung sendiri ea.. ^,~V


Anak Kedua / Angah

Anak kedua yang menjadi lagi pelengkap kepada sebuah keluarga dan menjadi teman sepermainan dengan anak sulung. Si ibu dan ayah akan merasa senang tidak perlu khuatirkan tentang perkembangan otak anak-anak mereka sebab mereka mempunyai inisiatif tersendiri untuk berkomunikasi ! Ehem.. bagi dorang minum Enfagrow banyak-banyak ea.. ! 

Perangai-perangai anak kedua ni adalah ; 

  1. Cerewet 
  2. Penyabar tapi tak berapa nak sabar
  3. Kepala batu / besar semuanya die 
  4. Penggeli ( oi oi.. buang taik kucing tu woi ! berani ke tak, nak hadap ! Hahahahaha )
  5. Mementingkan kecantikan/ kehenseman / peribadi
  6. Berdikari ( average )
  7. Tidak terlalu manja tapi sekali-sekala nampak over jugak. Hihihihi
  8. Menggelabah
  9. Suka orang ikut cakap die je
  10. Rajin tu tak ade laa sangat tapi still boleh harap. =)
Ni pon korang boleh nilai and tengok sejauh mana kebenarannye.. =X


Anak ketiga / Alang

Waaaa.. sudah berkembang dan maju sebuah keluarga ni kan? Bagus-bagus ! Ini lah dinamakan rezeki.. Jangan ditolak wahai ibu-ibu dan ayah-ayah. =)

Perangai anak yang ketiga ni boleh tahan la jugak sebab ; 

  1. Kepala Batu /  Besar dan hanya dengar cakap mak/ayah seorang je.
  2. Kuat merajok tapi mudah dipujuk.
  3. Tak suka disuruh. Biar die buat sendiri dengan rela hati. Nanti nampk macam ringan tulang.
  4. Tak suka meminta.
  5. Suka memendam dan penyabar orangnye. 
  6. Suka buat hal sendiri dan tak terlalu banyak bercakap kosong
  7. Tak cerewet sangat
  8. Suka mengusik adik-beradik
  9. Perangai die adelah bajet-bajet cool sikit.. Hihihihi
  10. Berpendirian dan berdikari
Boleh perhatikan baik-baik ape yang dorang suke buat. Tukar baju jadi spy-lah cenggitu ! >_<


Anak Keempat / Uda

Rezeki keluarga ini sangat melimpah-limpah. Bayangkan betapa payahnya si Ibu hendak melahirkan anak-anak-nya dan pengorbanan si Ayah yang bertungkus-lumus dan bekerja keras hendak menanggung dan menyara kehidupan anak-anaknya. Fuhh.. sungguh terharu dan besar pengorbananmu Ibu dan Ayah. 

Jom pakat ramai-ramai kenal perangai si Adik Uda ni. Feewwiitt ! 

  1. Mempunyai hati yang lembut dan mudah terasa/tersinggung
  2. Suka bertolak ansur dan mengalah
  3. Pemalu tapi peramah
  4. Manja dan penyayang
  5. Mendengar kata
  6. Rajin dan ringan tulang
  7. Suka nampak kemas, hensem/cantik
  8. Suka bertanya dan sifat ingin tahu yang tinggi 
  9. Gopoh sedikit dalam membuat kerja
  10. Sangat menghormati orang yang lebih tua
Alahai.. sejuk hati mak ayah dengan sikapmu yang begini nak. Teruskan. Keep it up yo ! | hati ni macam disimbah air sejuk =D |


Anak Bongsu / Asu

Anak yang terus menerus menjadi pelengkap kepada sebuah keluarga dari tidak punya apa kepada rezeki yang tidak putus-putus dari Allah. Allah itu Maha Adil bukan? =)

Anak bongsu ni mempunyai watak yang menarik sebab die akan punya semua kriteria yang ada pada anak sulung hinggalah abang/kakak yang terakhir. Nak tahu perangai nye macam mane?

  1. Manja tapi tak leyh kalah ngan anak yang sulung sebenarnya
  2. Bertanggungjawab
  3. Peramah sampai becok-nye non-stop =="
  4. Tak cerewet sangat 
  5. Mempunyai hati yang lembut
  6. Kepala batu / keras
  7. Kuat merajok tapi senang je nak pujuk. Tang ni aku suke ! Hahahaha
  8. Penggeli.
  9. Mementingkan kecantikan / kehenseman / peribadi. 
  10. Tak suka disuruh. Nak buat baru die buat ! 
Haaaa..Dah boleh gabong laa semua perangai dari anak first sampai yang second last. Nanti dapat laa semua sifat-sifat anak bongsu nih oke ! Senyum-senyum simpul sikit si anak bongsu. Kan kan kan?



So, itu lah sifat-sifat dan sikap-sikap anak-anak awak ye Jah.. Tak sangke kan? Hahahahaha.. Good.. good ! Tapi ape-ape pon, ibu bapa lah yang akan mencorakkan kain putih anak-anak nya. Kalau cantik coraknye, cantiklah hasil budi pekertinye. Kalau comot coraknya, comotlah jugak hasil budi pekertinye. Kita tak boleh cakap jahat sebab yang lagi jahat itu SYAITAN. ^,^V


K la.. Sampai sini je untuk entry kali ni.. Kalau ade nak tambah boleh la komen ye. Papai dan Adios Amigos yo ! 

Tabiat/Perangai Mengada Dari Kecik

Assalammualaikum readers. Mase aku memang sangat2 banyak and terluang gile babeng. Oh tidak termasuk mase aku tengah memasak, mencuci, mengemas atau lebih senang "Suri Rumah Tangga yang Belum Diakadkan. | Suke-suke bagi gelaran kat diri sendiri.. huhuhu

Hari ni, aku nak bercerite pasal tabiat. Ya, tabiat. | Adik aku akan confius tabiat dan habitat.. haih. Sedeyh !

Sejak kecik mesti ade satu tabiat yang ada sesetengah orang akan terbawak sampaila ke-tua sebab tabiat tu dah menjadi kebiasaan dan kalau tak buat, mesti hati rase tak tenteram, buat keje semua tak jadi, dan sebagainye. 

Daripada ape yang aku perhatikan (observation aku laah) ade banyak jenis tabiat yang kite dapat tengok. Rase kelakar tu ade kalau kite tengok tetapi ia takkan jadi kelakar pada orang yang ade tabiat tu. Nak tahu tak tabiat-tabiat manusia yang sangat serius nih? 



GIGIT KUKU

source : google

Tabiat menggigit kuku ni ade dalam diri aku. Mase kecik2 habes kuku-kuku aku yang comey lotey ni aku kejekan. Sampaikan dah nampak isi kuku. Pas tu mulelah rase pedih2 sebab ade laa kesan luke sikit. Tapi tu cume sementare.. lame-lame dah tak kesah.. gigit kuku tu selagi tak mau.. Hahahaha.. | buruk betul anak dare ni kan?

Tabiat menggigit kuku ni akan terjadi pada waktu-waktu lapang, tak de keje nak buat, kebosanan dan sebagainye yang boleh dapat mengisi mase-mase yang tersisa. Ini membolehkan si penggigit kuku ni ade rase high kat situ. Fuyoooooooh !

Aku tau ade yang dah tersedar dan nak ubah tabiat menggigit kuku ni. Macam aku lah. Alhamdulillah, walaupun aku tak dapat menghapuskan 100% tabiat tu, at least aku still boleh mendapatkan kuku yang cantik dengan MENAHAN NAFSU GIGIT KUKU ! Korang bayangkanlah, muke cantik/ hensem tapi bile tengok kuku.... !!! Mak aaiihhh.. Teruknyee!!! Kalah kuku buruh Bangla yang ade kat Malaysia ni tau ! Stoplah berbuat demikian sebab ade banyak kuman kat kuku kite nih ! Oke ! =)


HISAP IBU JARI

Alolololo.. tomey-nye die !! hikhik ^^,

Jangan nak sengeh-sengeh bile aku sebut pasal tabiat ni. Setakat ni adik-adik aku termasuk aku tak ade tabiat yang lagi buruk ni. Nak tau sebab ape? Ibu jari tu akan dihisap sampai kecut masam asam kecut. Macam kulit ngan tulang je.. Yewww.. Tau laa kulit kite ni ade rase masin-masin sikit kan? Patotlaa sedap masakan kau jah mase buat air asam.. Hahahaha.. >_<

Bagi baby-baby comel yang belum punya gigi bila hisap ibu jari tangan mungkin nampak cute termasuklah yang hisap ibu jari kaki.. Haaa.. korang pernah tengok? Orang-orang tua dulu cakap, kalau baby hisap ibu jari kaki ni maksudnye nak adik lagi.. Aku pon tak tau laa ape kaitan nye kat situ tapi tu jelaa yang aku selalu dengar dari opah-opah, nenek-nenek, atok-atok termasuklaa laa jiran rukun tetangge. ^,^


BANTAL BUSUK 


Tak kire kat mane die berada, bantal busuk tetap menjadi barang utama yang mesti ada dalam hidup! WITHOUT YOU I CAN'T SLEEP YO! Hahahaha.. Ni macam kelakar tapi it seriously happened. Bantal busuk ni akan ade since dari kecik lagi sampailah da nak bernikah. Koyak dan lunyai, akan tetap dijahit dan lunyai tu dah tak menjadi faktor asalkan " TIDURKU LENA".

"Kalau Abang buat hal, Ayang kasi Abang cium bantal busuk Ayang ! Gerenti tak berani kuar rumah sebulan. Faham!" Hikhik.. ^,~ | style bini durhaka tengking suami. ==" |

Ade yang sebelum tido mesti kene cium bantal tu, buat peluk dengan muke "sleeping beauty", buat lepaskan geram dan macam-macam style lagi laa kegunaan-nye. Dan paling penting sekali, bantal busuk ni gerenti tak akan dicuri oleh orang yang dah desperate sangat nak tido dan lebih rela tido berbantalkan lengan. Hehehe =P


CUCI TANGAN



Orang macam ni dilabelkan sebagai orang yang sangat-sangat mementingkan kebersihan dimana, setiap perbuatan yang die buat mesti lepas tu akan basuh tangan even membuang tisu ke dalam tong sampah. =="

Kebersihan tu memang laa penting tapi mampu ke setiap kerja kite dan setiap minit harus dibasuh? Dah parah beno da macam tu. Tak pasal-pasal nanti kene penyakit plak sebab air-air yang kite pakai untuk mencuci pon tak semestinye bebas dari kuman kan? Kerja yang dibuat pon mesti tak menjadi gare-gare setiap 5 minit nak pegi cuci tangan. ^,^


TIDUR BERJALAN



Ni salah satu tabiat yang sangat menyeramkan sebab time orang tengah sedap-sedap tido tetibe die berdiri betul-betul depan katil kite ! Mak aiihh.. mau tak terkejut berok kalau macam tu ! Memang kaki hinggap kat perut die terus. Hahahahahahahahaha !

Orang yang sleep walking ni selalunye tak sedar yang die tu suke merayap. Mungkin tapak kaki die ade tahi lalat kot tu yang sampai ke tido asyik nak berjalan je.. Haih.. menyusahkan sebab kena anta die balik pi bilik die.. Kacau tido betul laa kau ni!!! >_>

Tahap keselamatan dorang ni agak terancam sebab dorang sendiri tak tau ke mane arah dorang pergi. So, time die tido.. ikat kaki kuat-kuat kat katil. Baru dapat tido dengan nyenyak dan aman tanpa ada sebarang keresahan.. ^.~V

Sebenarnye ade banyak lagi tabiat-tabiat mengada yang lahir sejak kite kecik lagi. Cume antara kite sedar atau tak dengan tabiat kite tu. Tak semua perfect dalam dunia ni. Dalam kebaikan pasti ade keburukan. Terima keburukkan itu dengan hati yang terbuka dan cuba ubah apa yang tak baik kepada arah yang lebih baik. Wah wah.. aku punya sembang tak nak kalah Dr. Fadzilah Kamsah laa.. huhuhuhu


Okey laa .. sampai sini saje untuk entry ni. Papai ! Adios amigos. =)